Sepatah Dua Kata

Sabtu, Ogos 18, 2012

Salam Lebaran



Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Moga kita semua berada dalam keadaan sihat dan sentosa. Di kesempatan ini, saya ingin menyusun jari, memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki atas segala salah silap sepanjang saya berada dalam bidang penulisan ini.
          Buat mereka yang setia mengunjungi blog ini saban waktu, mohon maaf kerana selalu lewat kemas-kini entri. Dulu, semasa zaman belajar, ada juga masa senggang untuk menulis. Namun kini, apabila sudah bekerja, sedikit-sebanyak masa menulis terpaksa dikorbankan. Jika lapang, hanya hari Sabtu dan Ahad dapat saya curi masa untuk menulis. Walau apa pun, sokongan dan dorongan dari rakan pembaca semua amat saya hargai. Sokongan dan dorongan itulah yang membantu saya untuk terus bertahan dalam bidang ini. Dan saya akan jadikan ia pemangkin untuk saya lebih kuat berusaha.
          Mengakhiri bicara, saya ucapkan Salam Aidilfitri buat semua. Berhati-hati di jalan raya dan semoga kita semua sentiasa berada dalam lindungan rahmat-NYA Yang Maha Esa.
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir &Batin

Tiada ulasan :