Sepatah Dua Kata

Isnin, Disember 17, 2012

Sekilas di Sesi Ramah-mesra MPH Mahkota Parade





ALHAMDULILLAH, 15 Disember yang lalu telah berlangsungnya sesi ramah-mesra anjuran pihak Fajar Pakeer bertempat di Mahkota Parade Melaka bermula dari jam 02.30 petang. Rasanya dalam tahun ini, baru dua kali saya ke Melaka. Perjalanan ke sana ternyata benar menguji kesabaran saya. Saya pulang dari kerja sekitar jam sembilan pagi. Untuk makluman, saya bekerja shif malam. Saya sempat tidur sehingga jam 11.30 pagi dan bangun bersiap. Sekitar jam 12.30 tengah hari, saya bertolak ke Melaka bersama-sama adik dan emak. Mujurlah adik yang memandu kerana saya masih dalam kantuk.
Perjalanan ke Melaka yang sepatutnya mengambil masa tidak sampai sejam telah menjadi hampir tiga jam. Di lebuhraya berlaku kesesakan kerana kerja pembaikian jalan dilakukan. Saya pula lupa jalan nak ke Mahkota Parade maka berpandukan GPS sahaja. Sudahnya, terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas. Oleh kerana jam sudah menunjukkan pukul 02.45 petang dan saya masih ada 3km lagi untuk sampai ke destinasi, maka saya dah nekad untuk jalan kaki sahaja. Mujurlah masa itu Kak Maria telefon dan beritahu staf FP juga masih belum sampai. Lega sedikit.
Sampai di Mahkota Parade, sudah hampir pukul 03.30 petang. Kata orang, alang-alang mandi biar basah. Berbaki satu jam yang ada, saya cuba gagahkan diri untuk memeriahkan majlis. Alhamdulillah, sambutannya baik dan saya gembira dapat berkenalan dengan dua orang penulis hebat yakni Kak Maria Kajiwa dan Kak Dinaz Salsabila. Tak lupa juga team FP yang sempoi dan sporting habis. Sungguh, ia akan jadi salah satu kenangan manis saya untuk tahun ini dan akan disimpan dalam ingatan.


Bersama-sama pengurus MPH Mahkota Parade
Insha-Allah, tahun 2013 saya akan berusaha untuk lebih aktif menulis. Teaser Dia Jantung Hatiku akan tamat siarannya minggu ini. Saya mohon doakan moga ia diterima untuk diterbitkan. Sebagai ganti, saya akan siarkan teaser untuk manuskrip yang baru sahaja selesai ditulis dan akan disunting untuk proses penilaian. Tajuknya “Ada Rasa Cinta”. Kali ini saya akan siarkan 20 bab manuskrip tersebut.


Berbanyak terima kasih atas sokongan dan dorongan semua! (^_^)

2 ulasan :

Sya_Merpati Putih 88 berkata...

wah..smoga terus sukses ye...=)
Kagum dengan bakat penulisan kamu...
saya suka baca karya2 kamu...
memang best..=)
kamu memang ada bakat dan boleh maju berjaya lagi di masa depan..

bila nak datang johor pula..?

Ridha Reewani / Rizai Reeani berkata...

Sya_Merpati Putih 88:

Amin... Berbanyak terima kasih atas doanya. Saya amat hargai sokongan yang cik berikan. Ia membuatkan saya lebih gigih untuk berkarya. :)

Insha-Allah, ada rezeki jika ada penerbit bawa ke sana, saya akan maklumkan. (^_~)