Sepatah Dua Kata

Isnin, Mei 20, 2013

Selamat Kembali

TOK! TOK! TOK!
Wah, sepertinya lama sungguh tak mengemas-kini blog ini. Sudah nampak sawang merata-rata. Mohon maaf kerana beberapa bulan ini agak sibuk dengan tugasan di pejabat sehingga membuatkan saya hilang rentak menulis. Bukan tidak mencuba tetapi apabila memandang skrin komputer, idea yang berlegar tidak dapat diterjemahkan dalam bentuk ayat. Maka, saya terpaksa peramkan ia hingga punya kesempatan kelak.
Sungguh, saya terlalu rindu untuk menulis semula. Melihat rakan-rakan penulis yang setiap hari bersemangat menghasilkan cerita baru, hati saya terdetik cemburu. Tapi saya faham, kehidupan setiap orang berbeza dan saya tidak boleh jadikan ia sebagai alasan untuk melepaskan diri. Saya perlu lebih kuat berusaha dan berusaha. Hanya doa dan sokongan rakan-rakan pembaca yang saya pinta.
Berita terbaharu, antologi cerpen TENTANG CINTA kini berwajah baru! Malah ia juga sudah boleh didapati di semua cawangan kedai buku 1Malaysia berhampiran anda. Istimewanya cetakan semula ini adalah ia mengandungi beberapa buah sajak cinta yang romantis serta dua buah cerpen baharu karya Puan Maria Kajiwa dan Nash Azly. Untuk tempahan hubungi auroracreative67@gmail.com. Segera dapatkan sebelum kehabisan stok!


Saya juga sedang dalam proses membuat blog khusus untuk setiap novel yang diterbitkan. Di dalam blog tersebut akan mempunyai 10 bab awal, ulasan dan pelbagai perkara menarik tentang sesebuah novel itu. Apabila sudah siap sepenuhnya, saya akan war-warkan.
Justeru, untuk membuang sawang yang ada, saya akan tampilkan beberapa bab dalam manuskrip yang sedang dalam proses penulisan bertajuk ADA RASA CINTA. Sebuah novel tentang dunia masakan. Percubaan baru bagi saya.


Sekian dulu buat masa ini. Moga berjumpa lagi. Salam mesra.

Tiada ulasan :