Sepatah Dua Kata

Selasa, September 17, 2013

Cerpen Akan Datang






CINTA adalah sesuatu yang sukar diramal. Datangnya tanpa dipinta, dengan cara yang tidak disangka. Cinta adalah sesuatu yang perlu dilafazkan. Jika dipendam, ia akan memakan diri. Jika disembunyi, ia akan merobek hati. Inilah yang dihadapi oleh Airina, seorang gadis yang menyimpan rasa hati pada seorang jejaka secara sembunyi-sembunyi.

ZAFFAR sudah lama menaruh hati pada gadis itu. Gadis yang membuat tidurnya saban malam tidak lena. Gadis yang menghadirkan rindu dalam hati. Dia bertekad untuk berterus-terang. Kerana jika cinta itu terus dipendam, dia bimbang akan berputih mata.

“Sebab kita dah lama berkawanlah, saya mahu hubungan ini dibawa ke tahap yang baru. Saya yakin dengan rasa hati saya. Awak yang tercipta untuk saya.”

AIRINA tidak yakin pada rasa hati. Dia lebih selesa meyembunyikan cintanya dari diketahui umum. Dia tahu, dia tidak layak untuk lelaki itu. Bagi Airina, biarlah dipendam rasa cinta ini sementara. Jika benar ada jodohnya, dia terima dengan ria. Jika sebaliknya, dia pasrah dalam redha.

“Niat hati konon mahu menggapai bintang. Tanpa sedar tangan tak sampai. Ya, lelaki itulah bintang tersebut. Bintang yang hanya mampu dilihat dari kejauhan.”


SEORANG dengan yakin melafaz cinta manakala seorang lagi lebih rela memendam rasa. Justeru, apakah yang bakal berlaku pada kedua-duanya? Apakah wajar cinta itu dibiar sembunyi? Atau dengan melafaz cinta, semuanya akan menemui penamat yang bahagia? Cinta Jangan Sembunyi mengungkap erti cinta dari perspektif yang berbeza.