Sepatah Dua Kata

Tentang Penulis




MERUPAKAN graduan dalam bidang Pengurusan Perpustakaan dan Maklumat dari UiTM. Dilahirkan pada bulan September tahun 1987. Menetap di Port Dickson, Negeri Sembilan dan kini bekerja di sebuah syarikat perbankan di Cyberjaya sebagai eksekutif perbankan.
Menulis sejak di bangku persekolahan dengan membaca novel-novel tempatan sebagai rujukan. Ketika itu, menulis secara sambilan dan sekadar suka-suka untuk bacaan kawan-kawan. Mula berkecimpung dalam bidang penulisan secara serius pada penghujung tahun 2007 di mana cerpen pertama yang tersiar di media cetak bertajuk “Secebis Kasih Semalam”. 
Sehinggalah pada tahun 2010, bidang penulisan adalah lebih kepada cabang cerpen di mana kebanyakan cerpen banyak dikongsi di laman sesawang Kapasitor. Dan atas dorongan keluarga dan kawan-kawan, mula menjinakkan diri dalam penulisan novel genre. Mendapat bantuan dan tunjuk ajar dari ramai guru antaranya novelis Maria Kajiwa, dan Upenyu.
Debut pertama adalah novel “Semanis Coklat” terbitan KarnaDya Solutions pada November 2010. Penerimaan pembaca terhadap naskah novel itu menyemarakkan lagi semangat untuk terus menulis dan sehingga kini, sudah enam buah novel dan empat buah antologi sudah diterbitkan.
Harapan agar setiap karya yang dihasilkan dapat memberi manfaat, walau tidak sebanyak mana. Setiap tulisan adalah untuk dikongsi bersama para pembaca agar dapat merasai segala fikiran dan luahan serta perasaan yang ditonjolkan dalam perwatakan dan plot setiap karya.

Ridha Reewani / Rizai Reeani
facebook.com/rznovella
rznovella@yahoo.com